Your cart is currently empty!
” LULUS! Dapat A++ ..”
Encik suami kata
Lama dah teringin nak masak menu ni,
Tapi setiap kali beli ikan siakap mesti jadi lauk lain haha..
Jadi suatu hari,
Shu pun tekad ‘aku beli ikan kali ni mesti masak miang pla pao!’
Alhamdulillah berselera sungguh encik suami and kiddos makan.
Menu ni adalah menu Thailand,
Kalau di Thailand pelbagai jenis ikan juga digunakan.
Jadi ikut preference masing-masing nak guna ikan apa,
Shu prefer guna ikan siakap sebab isinya sedap dan tebal.
Tahu tak apa maksud Pla Pao ?
Pla Pao bermaksud ~ Grilled Fish. Jadi kalau asalnya di Thailand ikan nya di panggang atau di bakar atas api.
Tapi bila masuk Malaysia ni ada juga yang buat versi ikan goreng, jadi terpulang mana-mana pilihan hati korang.
Uniknya Pla Pao di Thailand ni walaupun ianya di grill,
didalam ikan tersebut dimasukkan daun limau & lemongrass.
Bau ikan haaaarum bila dibakar tau!
Jadi kalau buat versi goreng pun, nak masukkan 2 bahan ni dalam ikan pun boleh juga.
Pla Pao ni kebiasaannya dihidang bersama beberapa jenis sos.
Untuk versi yang Shu buat ni, Shu buat dua jenis sos.
Sos merah dan juga sos hijau,
Gabungan 2 sos ni memang mengancam!
Satu masam dan satu lagi manis.
Sos yang ini Shu buat versi hot & spicy tau.
If tak tahan pedas, boleh gantikan amount cili padi tu dengan Fresh Chillies – merah atau hijau ikut kesesuaian warna sos asal
Miang Pla Pao ni ada cara tersendiri nak nikmati dia. Boleh google cara makan dia.
Tapi boleh juga dimakan dengan nasi tau menu ni.
No problem!
Nak lebih ‘rasa Thai’ boleh guna
Chilli powder Thai https://shope.ee/g0xfXbrJA
Nisan Kabung https://shope.ee/4pqWdLvxUi
Kalau nak buat sos guna blender pun boleh,
masukkan jaa semua bahan dalam blender and kisarkan
Shu sharekan resepi Siakap Miang Pla Pao dibawah ya.
Selamat mencuba!
Love,
Shuhada Shafie
Digital Cookbook Author ~ Thermomix & Klasik
Leave a Reply