Resepi Pes Rendang

Bulan Ramadhan ni,
Tenaga macam tak berapa banyakkan?

Jadi kita susun supaya masa yang ada tu,
Tak banyak diluangkan didapur.

Bila nak dekat raya,
Pelbagai persiapan nak dibuat,
Walau raya kali ni (juga tahun sebelumnya) Shu & family memang bukan jenis meriah mana sambut syawal,
Cukup sekadarnya dan seadanya.

Cuma untuk syawal kali ni,
Shu decide untuk buat awal pes rendang,
Supaya malam raya atau sebelum subuh pagi raya pun boleh masak rendang ayam =)

Untuk daging biasanya Shu akan masak Daging Dendeng,
Kami suka makan lemang dengan daging dendeng.

Buat Pes Rendang ni senang amat sebenarnya,
Bahan pun sebenarnya yang basic ada di pantry kita, cuma nak kena ada kerisik baaaru kick rendang kita!

Bahannya tak banyak mana, tapi amount dia banyak. But no worries Thermomix boleh kisar semua ni dengan sekelip mata hehe..
Kisarkan bahan terus dengan minyak, ini Shu buat texture separa halus-Speed 8. Nak texture halus lagi boleh set Speed 10.



Biasanya rendang dia jenis ber texture kan, jadi lebih elok tak dikisar terlalu halus.
Tapi kalau jenis suka dia halus, no worries just tambahkan sahaja kelajuan blending.

Lepas dah tumiskan bahan kisar, boleh masukkan semua bahan perasa. Shu gunakan daun kunyit yang Shu frozen kan sebelum ni. Mudah bila nak guna bila-bila masa.
Siap dah pes rendang. Masukkan dalam bekas and simpan dalam freezer.

Pes Rendang ni sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai protein,
Ayam, daging or even kerang.

Rendang Ayam.
Family Shu jenis suka banyak gravy, jadi biasanya Shu akan gunakan pes rendang extra untuk sekilo ayam.
Rendang Kerang.
Shu gunakan resepi yang sama untuk buat rendang kerang masa sesi Unboxing Thermomix dengan customer Shu.



Shu share kan a few tips untuk gunakan Pes Rendang Shu dibawah ni:

  • Pes rendang ni sesuai untuk up to 3kg ayam, jadi kalau nak masak sekali gus amount ayam yang banyak perlu masak atas stove. Sebab maxima Thermomix boleh masak dengan elok ayam up to 1-1.3kg sahaja.
  • Ayam akan keluarkan liquid nya yang tersendiri, jadi masa proses memasak dengan Thermomix boleh pilih sama ada nak buka atau tutup measuring cup. If nak rendang jenis basah, boleh tutup measuring cup. If nak yang agak kering boleh buka measuring cup.
  • Untuk daging atau keraang, tempoh memasak dengan Thermomix perlu di adjust mengikut kuantiti dan potongan daging yang digunakan.



Resepi Pes Rendang Shu share kan dibawah ini,
Selamat mencuba dan moga mengena dengan selera korang ^_^

If mencari pelbagai lagi resepi pes juga cara gunakan pes tersebut dalam masakan,
Jemput dapatkan Ebook Cooking Paste, Terdapat dalam 2 pilihan bahasa: English & Bahasa Melayu.

Love,
Shuhada Shafie
Digital Cookbook Author ~ Thermomix & Klasik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi! I’m Shuhada Shafie!

A passionate home cook and food lover who loves nothing more than sharing my favourite recipes with the world.


You’ll also love