Kuih Cara Manis

Teringat dulu masa kecil, bila 1st time makan kuih ni,
Terus suka kat dia ni 😍
Sebab… Manis hehe.

Tapi sekarang macam susah juga nak jumpa kuih ni diluar,
Kalau ada pun macam dah ‘hilang’ manis dia 😅

Mudah buat kuih melayu dengan Thermomix, masukkan jaa semua bahan.
Shu gunakan jus pandan sahaja, tanpa pewarna tambahan. Warna dia dah cun & soft gitu.



Buat kuih gini, dia memang makan masa,
Nak masak satu demi satu.
Tapi, Kepuasan memasak untuk keluarga tu.. Memang tak ternilai.
Tambah lagi bila anak-anak makan menambah nambah!

Kalau guna daun pandan untuk grease loyang tambah harum lagi. Shu guna pastry brush sahaja. hehe..
Bila batter dah mula masak kelilingnya begini, baru taburkan gula.


Untuk tuang masuk dalam mould, recommended untuk masukkan dalam small jar begini. Mudah nak tuang batter.
haha.. ada yang overloaded sebab batter penuh dalam jug, dia terbabas! Shu guna chopstick besi nipis untuk kupil dia keluar.

Resepi Cara Manis Shu ada sharekan di dalam gambar dibawah.
Tips untuk masak kuih Cara Manis:
🌟 If gunakan santan kotak pekat begini
➡️ https://shope.ee/g0kmbfPKz recomended untuk dilute kan.
Contoh santan diperlukan 400g, boleh gunakan santan pekat dalam 300g + 100g.

🌟 Selain shape standard kuih Cara macam dalam gambar Shu ni,
boleh juga guna mould yg menghasilkan shape bunga begini ➡️ https://shope.ee/LPjdplyd9

Selamat mencuba dan selamat berpuasa =)

Love,
Shuhada Shafie
Digital Cookbook Author ~ Thermomix & Klasik

**Buku Ramadhan Prep masih boleh di order, Jomm join shipping Hari Isnin ni.
Dapatkan disini ⤵️⤵️
https://fabulouscity.net/view/printed-book-ramadhan-prep/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi! I’m Shuhada Shafie!

A passionate home cook and food lover who loves nothing more than sharing my favourite recipes with the world.


You’ll also love