Your cart is currently empty!
Bila menu Ayam Percik ni menjadi pujaan seisi rumah,
Dan siap boleh cakap “Makan hari-hari pun tak apa umi =)”
Kemain kan? haha!
Jadi jom buat Pes Percik untuk muuuudahkan lagi masak percik anytime!
Dalam pes ni,
Shu tak letakkan terus santan atau coconut milk,
Supaya pes lebih tahan lama,
Dan aroma santan ‘tak hilang’ bila pes tersimpan lama.
Bahan untuk masak percik paste ni tak banyak tau,
Tapi kuantiti nya agak banyak,
Kalau nak makan sedap..
Kita tak boleh ‘kedekut’ bahan
The more the merrier orang kata!
Konsep asas pes sebenarnya adalah kita memasak sesuatu menu hampir siap,
About 80% kita memasak sesuatu menu,
Jadi balance lagi 20% nya adalah setelah dimasukkan protein seperti ayam, ikan dan daging,
Juga jika mahu dimasukkan sayuran.
Pes ni adalah RAHSIA MASAK CEPAT & MUDAH untuk para isteri & ibu,
Hanya spend masa seketika untuk menyiapkan pes,
Dan pada hari-hari berikutnya dah tak perlu berhempas pulas sibuk didapur,
Hanya keluarkan pes dari peti sejuk dan tumiskan seketika pes dengan sedikit minyak (atau mungkin tidak perlukan tambahan minyak)
Kemudian hanya tinggal masukkan protein.
Nak masak atas dapur boleh juga,
Tapi kalau masak dengan Thermomix ni tambah mudah lagi,
Auto pilot ja lepas dah masukkan ayam bagai,
Dah boleh tinggalkan and buat benda lain.
Biasanya dalam pes sudah dimasukkan garam & gula,
Tapi recommended masa dimasak bersama protein masukkan sedikit garam dalam 1/2 tsp,
Untuk ‘enhance’ kan lagi rasa masakan.
Untuk step atau cara memasak dengan Pes Percik ni,
Shu ada tuliskan dalam bahagian TIPS dalam recipe card dibawah,
Dan for further steps boleh refer dalam post Shu sebelum ni Resepi Ayam Percik.
Ayam Percik ni menu Kid Friendly,
Kalau risau pedas, gunakan cili kering yang tak pedas yang bersaiz besar begini
>> https://shope.ee/7zjTfVTfe8
Once dah ada pes ni,
Nak masak jamu untuk ramai orang pun tak pening kepala dah ^_^
Siap pes a few days awal,
Hari nak jamu tetamu boleh masukkan semua dalam periuk and masak sekaligus,
Then bakar dalam oven atau kalau ada BBQ grill pun boleh guna,
Terus rasa macam kat kedai fuhh!
Alright selamat mencuba,
And jangan lupa follow Shu di Instagram dan mana-mana platform yang you all prefer nak access ^_^
Instagram: https://www.instagram.com/shuescooking
Telegram: https://t.me/shuescooking
Youtube: https://www.youtube.com/shuescooking
Facebook: https://www.facebook.com/shuescooking
Love,
Shuhada Shafie
Digital Cookbook Author ~ Thermomix & Klasik
Leave a Reply