Your cart is currently empty!
Ayam Paprik ni,
Kebiasaannya adalah lauk express yang akan Shu masak,
Terutama sekali kalau ada stok isi ayam yang banyak.
Tapi sejak ahli rumah ni dah bertambah dan juga sejak hadirnya Thermomix dirumah,
Style memasak Shu dah berubah.
Selalunya bahagian isi ayam ni dah jadi menu lain hehe..
Jadi kalau untuk Ayam Paprik sekarang ni,
Shu lebih suka gunakan bahagian ayam bertulang.
️Ini adalah proses untuk ‘keringkan’ liquid pada ayam, jadi sos paprik nanti tak cair dan tiada bau hanyir ayam.
Step ni juga boleh digunakan untuk memasak Ayam masak lemak cili padi dan sebagainya.
Refer recipe card dibawah untuk timing, suhu dan masanya ya.
Lepas siap keluarkan liquid dari ayam, air tersebut boleh dibuang.
Tapi, ada juga orang yang suka kuah paprik nya cair.
Boleh omit atau skip part ni jika sukakan texture kuah yang berair,
tapi nanti masa Step 5 perlu masak ayam dalam tempoh standard around 15-18min,
bergantung kepada potongan ayam dan juga jenis ayam yang digunakan.
️Lepas dah keluarkan ayam, boleh bilas mixing bowl dan mula masak kuah atau sos paprik.
Dalam gambar ni, Shu gunakan daun limau purut yang dikeringkan,
Jadi Shu add on extraaa supaya rasa nya lebih kuat.
Untuk sayuran boleh baca dalam bahagian NOTE tau, kalau dalam gambar Shu hanya masukkan carrot sahaja.
Sebab tu jaa stok yang ada masa nak masak menu ni..aci naa?
Kalau ada baby corn, cauliflower and kacang panjang laaagi ummph!
️Menu ni Kid Friendly, tak pedas mana pun sebab cili padinya Shu tak kisar dengan rencah lain.
Anak Shu umur 2 & 5 tahun pun layann Ayam Paprik ni.
Full recipe Shu share kan di bawah ya.
Selamat mencuba!
Share dengan Shu ya feedback nanti lepas dah cuba masak Ayam Paprik ni
Love,
Shuhada Shafie
Digital Cookbook Author ~ Thermomix & Klasik
Jomm Follow Shu ^_^
Telegram: https://t.me/shuescooking
Youtube: https://www.youtube.com/shuescooking
Facebook: https://www.facebook.com/shuescooking
Instagram: https://www.instagram.com/shuescooking
Leave a Reply