Your cart is currently empty!
Lama juga rasanya tak masak menu Ikan siakap 3 rasa ni,
Ada juga yang panggil menu ni masak masam manis,
Apa pun yang dipanggil begitulah rupa kejadiannya.
Mesti nak ada rasa manis yang datang dari nenas,
Masam yang datang dari cuka dan sos tomato,
Juga ada yang tambahkan plum sauce untuk rasa yang lebih masam.
Untuk rasa yang pedasss, tambahkan sahaja cili padi,
Tapi untuk versi Shu masak kali ni,
Shu gunakan capsicum, jadi rasa pedasnya manja-manja sahaja dan lebih flavourful!
Ikan masak 3 Rasa ni kalau di kedai masakan tomyam,
Cecah 50 hingga 60 ringgit juga satu hidangan,
Atau boleh cecah lebih dari itu bergantung pada saiz dan juga lokasi kedainya.
Betul tak? ^_^ hehe..
Bahan nak masak menu masak 3 rasa ni,
Tak banyak mana pun dan tak libatkan rempah ratus.
Kira antara menu express dan mudah untuk disediakan untuk keluarga.
First of all, coating ikan dengan garam & corn starch atau tepung jagung,
Ikan ni biasanya kita gunakan ikan siakap atau barramundi fish.
Tapi boleh juga nak gunakan jenis ikan yang lain seperti ikan bawal, kerapu, kembung, talapia dan ada juga yang gunakan ikan merah.
And then gorengkan ikan hingga garing dalam minyak yang panas,
Dan sambil-sambil goreng ikan boleh mula masak sos 3 rasa dalam Thermomix.
Tumiskan bawang dan masukkan kesemua sos,
If nak versi pedasss tambahkan beberapa tangkai cili padi yang diketuk terlebih dahulu.
Akhir sekali masukkan nenas, capsicum dan bahan perasa.
Recommended untuk guna fresh pineapple,
Tapi kalau nak mudah (read: tak perlu susah payah buang kulit & etc)
Boleh juga gunakan nenas dalam tin.
Tapi expected rasa manis nenas dalam tin ni ada beza dengan yang buah fresh,
But ok lah mudah nak memasak bila ada stok nenas dalam tin ni.
Shu pun masak menu ni guna nenas dalam tin hehe..
Hidangkan Ikan masak 3 Rasa ni dengan memang feel makan di kedai!
Shu masak tomyam ni express juga dengan gunakan PES TOMYAM,
Ada pes ni memang memudahkan kehidupan,
Tak lama masa yang kita spend didapur bila nak memasak.
Pes tomyam dan pelbagai lagi resepi pes beserta cara guna step-by-step ada Shu kongsikan dalam ebook terbaru Shu ~ COOKING PASTE.
Sempena pelancaran E-book ada diskaun sehingga 18%,
Jemput dapatkan sebab sangat berbaloi!
Shu sediakan juga Lifetime Support Group sekali untuk kita sama-sama explore dan belajar masak pes.
Untuk resepi Ikan Masak 3 Rasa,
Shu share kan dibawah.
Dah cuba nanti share feedback dengan Shu atau tag Shu di FB atau IG okiess..
Instagram: https://www.instagram.com/shuescooking
Telegram: https://t.me/shuescooking
Youtube: https://www.youtube.com/shuescooking
Facebook: https://www.facebook.com/shuescooking
Love,
Shuhada Shafie
Digital Cookbook Author ~ Thermomix & Klasik