Karya THE LESUNG

Lesung berbicara, lalu Thermomix menyahut.
Dua zaman, Satu jiwa – Lesung & Thermomix pelindung warisan rasa!


Tak ramai yang tahu,
Karya terbaru Shu- The Lesung ini sebenarnya sudah lama proses pembikinannya,
Kebiasaannya sesuatu ebook yang Shu hasilkan,
Ianya akan bermula dengan TEMA apa yang Shu nak bawakan.

Penghujung tahun 2023 Shu dah mula design rekabentuk susun atur untuk ebook The Lesung,
Masakan harian yang Shu masak,
Yang Shu dah satisfied dengan rasa dan steps nya dah dapat disingkatkan agar mudah ianya dimasak,
Barulah Shu muatkan resepinya didalam karya The Lesung.

Dari sehari ke sehari makin lama makin bertambah dan bercambah idea menu yang ingin dimasukkan dalam ebook The Lesung,
Bagai tiada noktah dan unlimited pula resepinya,
Hati mula terdetik,
Eh! kalau keep on bertambah resepi ni bila boleh release?
Ramai juga yang dah menanti ebook The Lesung ni launching ^_^

The Shu realized yang perlu ada limit bilangan resepi yang nak dimasukkan dalam ebook terbaru ni,
Then Shu decided untuk release Ramadhan tahun 2025 ni,
And Alhamdulillah Allah makes it happened!




Introducing my latest Ebook ~ The Lesung.
Mengandungi 72 resepi Lauk Pauk harian dan juga sesuai dimasak untuk apa sahaja keraian.

Didalamnya dibahagikan kepada 6 bahagian utama:
1. Pes
2. Sambal & Sos
3. Ayam
4. Daging
5. Makanan Laut
6. Kegemaran Semua atau All Time Favourite.

Seperti karya-karya Shu sebelum ini,
The Lesung juga mempunyai 2 pilihan bahasa- iaitu Bahasa Melayu dan juga English.

Kebanyakkan resepi yang Shu kongsikan didalam Telegram channel dan social media adalah dalam English,
Jadi pada yang inginkan resepi dalam Bahasa Melayu boleh dapatkan siri Ebooks Shu dengan pilihan dalam Bahasa Melayu.

Karya The Lesung ini banyak sentimental value nya,
Setiap hidangan ada ceritanya ada memorinya,
Ada masakan yang sudah lama Shu masak buat keluarga,
Dan bila Thermomix hadir dalam hidup kami,
Masakan tersebut bertambah lebih sedap kerana Shu dapat memasak dengan sukatan yang tepat dan rasa yang konsisten.

Juga masakan yang baru terhasil yang ‘menangkap’ hati anak-anak and suami Shu,
Thermomix sangat memberi impak yang besar buat kami sekeluarga,
Juga terutamanya buat diri Shu sendiri – dari memasak menu yang sama saban hari saban minggu,
Kini Shu mampu memasak pelbagai menu dengn mudah dan berkongsi rasa dan bahagia dengan semua.

Melalui karya-karya dan sharing Shu,
Shu harap semua yang memiliki Thermomix dapat merasai indahnya hidup bila ditemani Thermomix disisi,
Juga yang belum lagi memiliki Thermomix,
Moga suatu masa nanti Allah membuka pintu hati kalian dan memurahkan rezeki kalian untuk sama-sama memilikinya, Ameen ^_^

Love,
Shuhada Shafie
Thermomix User & Advisor since 2020

Hi! I’m Shuhada Shafie!

A passionate home cook and food lover who loves nothing more than sharing my favourite recipes with the world.


You’ll also love