Pes Bihun Goreng

Bihun goreng is one of Shu punya favourite food,
And the best Bihun Goreng yang Shu suka makan sejak kecil dulu is my mum’s cooking.

Seingat Shu masa dulu,
Bihun yang Shu suka makan warnanya coklat,
Coklat yang datangnya dari warna kicap hehe..

Since Shu mula masak sendiri bihun lepas dah berkahwin,
Shu goreng bihun mesti akan letak kicap,
And rupanya suami Shu tak biasa makan bihun warna coklat,
Katanya kalau bihun yang dia biasa makan kemerahan warnanya haha!

And after hampir 17 tahun kahwin,
Untuk kali pertamanya Shu cuba masak bihun tanpa kicap!
and surprisingly sedap jaa rupanya,
And kiddos pun kata ” Sedap lah ummi bihun hari ni! “

After all tak ada bahan apa pun yang Shu olah dari kebiasaan Shu goreng bihun,
Cuma kali ni TANPA kicap sahaja,
All the amount and the ingredients lain remain sama.

Yup,
Shu pernah share kan my own recipe Bihun Goreng dalam ebook Kitchen Drama,
Itu lah resepi bihun goreng yang Shu rasa agak menghampiri rasa bihun goreng yang Shu suka makan masa kecil dulu.

Then from that recipe,
Shu hasilkan Pes Bihun Goreng yang akan memudahkan lagi masak bihun anytime,
And even selain goreng bihun, boleh juga goreng mee and kuew teow dengan menggunakan pes ni.

Ikutkan masak bihun goreng dengan Thermie ni,
Memang dah mudah banyak dah kalau nak banding masak manual dalam kuali.
Tapi bila ada pes berganda mudah dan singkat masa nak menggoreng.

Shu terus buat bihun goreng lepas siap pes ni ^_^
Jadi masa tumisan pes+protein hanya dalam 2min sahaja.

Kalau pes baru keluarkan dari peti sejuk,
Boleh tumis seketika pes atau boleh terus juga tumis serentak dengan protein.
Lepas dah tumis seketika, boleh masukkan air and boil 5min.
Then masukkan bihun and sayur kegemaran, nak add on salt pun boleh.

Even dalam pes dah ada salt,
Tapi biasanya bila dah dicampur dengan protein atau digoreng rasa masin dah berkurangan.
Jadi adjust ikut selera masing-masing.

  • Pes Bihun goreng ni sesuai untuk dimasak up to 3packs- 350g/pack bihun.
  • Biasanya Shu suka guna brand Jati. Texture bihun tak terlalu nipis atau tebal, jadi no need rendam bihun terlalu lama. Around 4-5min then toss kan.
  • Untuk 350g bihun, Shu akan gunakan 500g air. And if letak kicap manis Shu akan masukkan not more than 50g. Or kalau nak put more than that max liquid yang sesuai in total adalah 550g. Jadi measure dulu kicap manis, then baru masukkan air to get in total not more than 550g.
  • If nak double kan resepi pes ni pun boleh juga, just prolong cooking time hingga pecah minyak okies.

    Selamat memasak ^_^
    And insyaAllah Jumaat ni 7 Jun, 9pm Shu nak buat FB Live untuk sharing Tips masak DAGING,
    Jangan lupa join Live Shu nanti ya!
    Ada surprise gift menanti juga.

    Love,
    Shuhada Shafie
    Digital Cookbook Author ~ Thermomix & Klasik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi! I’m Shuhada Shafie!

A passionate home cook and food lover who loves nothing more than sharing my favourite recipes with the world.


You’ll also love