Your cart is currently empty!
Bento atau bekal untuk kiddos,
Biasanya Shu sediakan meal yang tidak terlalu berat seperti nasi putih & lauk pauk,
Supaya lebih mudah & cepat kiddos makan bekal mereka di sekolah ^_^
Shu mula sediakan bekal kiddos mula dari anak sulung ke tadika lagi,
Masa sediakan untuk sorang dua punya bekal tak terasa sangat cabarannya,
Tapi,
Bila yang ketiga dan mula keempat masuk sekolah,
Haaaa.. Cabarannya memang benar dan tak dinafikan.
Mujur lah masa yang keempat mula sekolah,
Shu berezeki pinang Thermomix,
And now yang kelima pun dah mula sekolah,
Alhamdulillah dapat sediakan bekal kiddos lebih banyak & pelbagai menunya.
Biasanya Shu akan sediakan 2 menu dalam bento kiddos,
Heavy food & snacking.
Heavy Food
Antara menu heavy food yang biasa Shu sediakan untuk kiddos adalah yang tinggi Carbo & Protein,
Biasanya noodles and pasta menjadi pilihan utama,
Sebab mudah and kenyang kiddos makan as breakfast disekolah.
Snacking
️Snacking kiddos pula ada yang Shu prepare a day before,
Dan ada juga prepare masa pagi harinya-bergantung pada menunya.
Biasanya waffle Shu akan mix batter nya pada waktu malam, then simpan fridge and esok paginya terus bakar dalam waffle maker.
Tapi ada juga masanya yang memang bancuh awal pagi and terus bakar.
Untuk Chicken popover & eggs muffins, sempat juga bancuh awal pagi and terus bakar dalam oven.
Untuk muffins or kuih muih Shu dah siapkan a day before.
Kadang bila kiddos macam jemu makan noodles and ummi nya pun boring juga kan haha,
Shu buatkan Chicken Sliders.
Basically filling nya boleh letak aaaapa sahaja yang korang suka atau apa ada dalam peti.
Shu personally suka letak isi ayam and scramble eggs,
Taburkan dengan shredded cheese dan drizzle dengan mayo and chilli sauce.
Leave a Reply