Menu Hari Raya 2024

Harap masih belum terlewat untuk Shu ucapkan Selamat Hari Raya buat semua Muslim,
Moga amalan kita sepanjang Ramadhan Allah terima dan mengampuni dosa kita semua.

Alhamdulillah,
Syawal ke-2 tahun ini family in-laws datang berkumpul ke teratak kami di Melaka,
Shu masak a few menu ringkas dan favourite orang Perak ^_^
~ Daging Dendeng!

Match kan dengan Pulut Kuning memang sedap!
Shu decide untuk tak masak kuah kacang & nasi impit hehe..
Hidangkan bersama Lemang ‘tunjuk’.

Pulut Kuning

Shu masak total 1.6kg Pulut Kuning,
Masa banyak jadi Shu rendamkan beras pulut and kunyit semalaman.
Esok paginya Shu terus kukuskan.

Resepi pulut kuning ada Shu sharekan dalam Booklet Hari Raya Prep
>> di Telegram Shue’s Cooking boleh download disini.

Dalam recipe card Shu buat untuk 800g tau,
Shu kukus pulut 1.6kg sekali jalan dengan 2 unit Thermomix,
Ada 2 Thermomix di waktu begini memang suatu kesyukuran!

Masa mengukus mesti pastikan lubang pada Varoma dish & Varoma tray tidak tertutup sepenuhnya okies. Recommended juga untuk tidak gunakan Beras Pulut Susu untuk masak pulut kuning ni. Baca label pada packaging tau- ramai yang jarang masak pulut tak perasan beras pulut ni ada 2 jenis. Beli yang hanya label BERAS PULUT okies..

Kerutup Daging

Untuk kerutup daging pula,
Shu masak from scratch-tanpa gunakan rempah instant.
Resepinya ada juga Shu sharekan dalam Booklet Hari Raya Prep.

Masakan kerutup ni kaya dengan rempah ratus,
Boleh juga gantikan daging dengan ayam,
Tapi since Shu dah masak rendang ayam jadi Shu decide untuk kerutup ni gunakan daging.

Daging Dendeng

Antara menu raya sebahagian tempat di Perak adalah Daging Dendeng,
Bertahun juga suami Shu request Shu masakkan daging dendeng,
Tapi resepi yang Shu gunakan sebelum ni tak kena dengan selera beliau,
Dan since ada Thermomix Shu pun cuba olah dan R&D kan resepi dendeng ni sehinggalah mengena dengan selera beliau.

And Alhamdulillah,
Parent in-law Shu pun sangatlah suka daging dendeng ni sebab katanya diluar susah nak jumpa rasa dendeng yang sebenar macam dulu-dulu ^_^

Resepi Daging Dendeng ni ada dalam ebook Kitchen Drama dan versi Full Edition ebook Hari Raya Prep.
Ramai dah cuba and jadi lauk favourite sebab muuuudah sangat nak masak dengan Thermomix bila-bila masa sahaja!

Rendang Ayam

Rendang ayam expressss kali ni Shu buat hehe..
Sebab dah prepare pes Rendang di pertengahan Ramadhan hari tu,
Jadi tinggal masukkan ayam dan santan sahaja.
Boleh juga add on garam sedikit- sebab biasanya walaupun dalam pes dah ada garam,
Bila kita dah masukkan protein rasa garam dah ‘tenggelam’.

Untuk resepi Pes Rendang beserta cara masak atau guna & tips nya boleh baca disini.

Moga sharing Shu kali ini dapat memberi idea & inspirasi untuk korang masak buat tetamu yang hadir,
Jangan lupa download booklet Hari Raya Prep untuk idea menu jamu tetamu, potluck dan open house nanti.

Dan untuk dessert ringkas dan cepat dibuat,
Boleh buat aneka Muffins dan pelbagai idea desserts ada juga dlam ebook Chocolate Rush.

Salam Aidilfitri,
Shuhada Shafie
Digital Cookbook Author ~ Thermomix & Klasik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi! I’m Shuhada Shafie!

A passionate home cook and food lover who loves nothing more than sharing my favourite recipes with the world.


You’ll also love