Your cart is currently empty!
Cuti CNY hari tu,
Masa jalan jalan beli groceries terpandang udang harimau,
Ada promo!
Maka capailah plastic bag dan pilihlah masuk udang satu persatu,
sambil fikir apa best nak masak dengan udang ni ya?
Tiba-tiba teringat..
Teringin nak cuba Udang Masak Tempoyak,
Sekali jaa pernah makan dulu.. 20 tahun lepas masa habis SPM
Makan dekat rumah sahabat lama Atikah Paimin.
Ikutkan tekak tak kena sangat dengan lauk berasaskan tempoyak
Eh! Tapi durian Shu makan tau hehe..
Then masa kat rumah Tikah masa tu cuba lah juga makan,
Sebab nampak menyelerakan udangnya,
Sebab hantu udang juga haha!
Jadi buat kali pertama lah juga dalam hidup pi beli tempoyak,
Tapi rasa tempoyak dia tak ‘kick’ sangat,
Tak tau durian jenis apa dia guna,
Bau durian tu kureng..
Dan terhasil lah Udang Harimau Masak Tempoyak!
Anak sulung Shu yang perempuan tu.. layan juga,
Sedap katanya!
Yang lain-lain makan juga udangnya,
Tapi kuah tak ambil banyak mana,
Sebab pedas haha!
Bila pedasss barulah laju makan kan?
Cara masa lauk ni lebih kurang juga macam masak lemak,
Bezanya tak gunakan santan,
Rasa creamy dah datang dari tempoyak.
Kalau suka rasa tempoyak kuat,
Boleh tambahkan lagi amount tempoyak,
Dan ni Shu buat versi pedas,
Tapi dalam resepi yang Shu sharekan dibawah ni,
Amount cili nya dah dikurangkan tau.
Amount air juga boleh adjust ikut selera,
Shu buat versi pekat ni,
Kalau rasa nak lebih cair kuahnya,
Just tambahkan sahaja air Okies.
Ok next nak masak apo lagi dengan tempoyak ni
Rasa nak masak sambal bilis tempoyak pula lepas ni.
Ok, selamat mencuba and nanti share feedback dengan Shu ya.
Love,
Shuhada Shafie
Penulis Buku Digital ~ Themomix & Klasik method
Jemput dapatkan karya Shu disini >> Shop – Shue’s Cooking (shuescooking.com)