Pes Nasi Goreng Thai

Sejak dua menjak ni, Shu ‘hunting’ nasi goreng thai dekat kedai.
Sebab tekak macam nak something different.

Tapi, macam tak dapat define rasa ‘sebenar’ nasi goreng thai,
Macam kita makan nasi goreng kampung & nasi goreng pattaya yang ada rasanya yang tersendiri.

Kalau sebut Nasi Goreng Thai, Apa yang korang bayangkan??

Kalau Shu, Shu dah terbayang rasa daun ketumbar,
Ada rasa masam-masam limau,
Rasa garlic yang sedikit menonjol,
Macam kita makan sos thai tu.

Since Shu suka rasa sos hijau Siakap Miang Pla Pao yang Shu buat sebelum ni,
Jadi Shu olah sos hijau tu..
menjadi PES NASI GORENG THAI versi tekak sendiri suka makan 🤭

Bahan yang mudah dan nak masak pes ni pun sekejap amat,
Tapi memang sangat memudahkan bila nak ‘makan express’.

Anak sulung Shu,
The only girl~Ikhlas namanya suka amat dengan Nasi Goreng Thai yang Shu masak ni,
Dia memang penggemar masakan Thai terutama sekali Tom Yum!
“Sedap! Masam-masam Masin rasa nasi ni” katanya- sambil tersenyum puas haha!

Resepi Pes Nasi Goreng beserta cadangan penggunaannya Shu sharekan dibawah.


Cadangan penggunaan Pes Nasi Goreng:
(Portion untuk 3-4org makan)

Ini Shu masak express kelentang kelentung dalam kuali,
Suka ada effect ‘char’ pada nasi goreng 😊

Bahan:
sebiji telur
100g or 3 tbsp pes nasi goreng
100g seafood- Shu masukkan udang + sotong
40g isi ayam
430g nasi
sayur kegemaran
sedikit garam – pes dah sedia ada rasa masin sebab ada sos ikan, tapi once dah gaul dengan nasi dah kurang rasa salty. Jadi ikut pada preference masing-masing untuk add on salt atau tidak 😊.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur ala scramble eggs.
2. Then masukkan pes nasi goreng, tumis seketika and masukkan seafood anad ayam.
3. Bila ayam dah hampir masak, boleh masukkan nasi, sayur kegemaran korang & garam. Gaul sebati.
Hidang panas-panas! Memang layann.

Nak masak guna Thermomix pun boleh,
Boleh pilih sama ada nak masak guna mode RICE COOKER atau dengan guna butterfly whisk~ untuk nasi putih yang sudah dimasak.



Resepi Pes Nasi Goreng Thai.
Nanti dah cuba jagan lupa tag Shu okies di Facebook atau Instagram.
and feel free to share feedback dengan Shu 😃

Love,
Shuhada Shafie
Penulis Buku Digital ~ Themomix & Klasik method

Jemput dapatkan karya Shu disini >> Shop – Shue’s Cooking (shuescooking.com)

Hi! I’m Shuhada Shafie!

A passionate home cook and food lover who loves nothing more than sharing my favourite recipes with the world.


You’ll also love