Resepi Ayam Percik

Menu ayam percik ni, sebenarnya jarang-jarang Shu masak suatu ketika dulu,
Walaupun sebenarnya bahan-bahan nya mudah yang amat.
Bahannya ada Bawang,
Cili,
Halia,
Serai,
Santan
Bahan asas yang ada selalu di pantry kita kan ?

Tapi,
Part nak keluarkan blender untuk kisar semua bahan tu yang paaaling bercinta,
Buat Shu jarang masak lauk pauk melayu begini.

Once ada Thermomix, bila semua ALL in 1,
Jadi dah tak bercinta lah buat lauk begini.. mudah banyak masyaAllah 🥰

Resepi Ayam Percik ni, Shu baru sempat buat versi Thermomix.
Resepi ni ada kenangan tersendiri,
Pengalaman Shu join contest cipta resepi untuk bergandingan dengan roti pita atau naan.

Booklet ni Mission Food edar secara free pada semua yang beli produk dorang masa tu. Cool kan?

Agak tricky sebenarnya, mencipta kelainan dan keunikan! Disitu cabarannya 😊
But Alhamdulillah Allah izin menang contest tersebut,
Rezeki anak-anak sungguh saat lagi seminggu nak sambut Ramadhan masa tu.
Terpilih antara 19 pemenang Utama yang menerima 1k voucher Aeon,
Ni masa zaman-zaman bercontest sana sini hehe..

Syukurr!

Masa lepas dapat voucher ni, kami terus shopping 🙂

Masak Ayam Percik versi shu ni,
Shu masak awalnya dengan Thermomix,
Dan untuk dapatkan effect ‘charr’ pada kulit ayam,
Bolehlah dipanggang sama ada didalam oven, air fryer atau pun dengan grill pan.

Mulakan dengan kisar rencah bahan tumisan,
Then part paling best masak dengan Thermomix ni adalah lepas kisar bahan terus boleh tumis didalamnya!
Tumis hingga pecah minyak,
Kemudian masukkan ayam, santan dan bahan perasa.

Santan recommended gunakan yang pekat, sama ada nak guna santan fresh atau dalam kotak.
If dalam kotak Shu recommend untuk gunakan brand Kara yang begini
>> https://shope.ee/g0kmbfPKz
Memang cunn hasil dia.

Step by step masak dengan Thermomix, mudah amat kan?

Untuk bahagian ayam, boleh pilih sama ada nak gunakan mana-mana bahagian ayam,
Atau nak feel ayam percik bazaar Ramadhan or kedai,
Boleh lah gunakan whole leg.

Lepas siap masak dalam Thermomix, ayam akan dalam 90% sudah dimasak didalamnya.
Keluarkan dan letakkan atas redai untuk dibakar.

Untuk elakkan ayam berair dibahagian bawahnya, recommended untuk letakkan ayam diatas redai dan dilapik dengan dulang.
If nak lapik dulang dengan aluminium foil lebih bagus.
Tapi shu tak letak sebab takdop kat rumah – bercinta lah karang nak membersihkannya lepas bakar nanti haha!

Letakkan sekali gravy nya atas ayam, bauu diaa bila kena bakarr pergghh!
Mula-mula Shu bakar suhu 200c 15min, then lagi 5min shu naikkan lagi ke 230c. bagi lebih garingg.
Selepas dibakar, kalau guna oven ni dia degil sikit nak dapat effect charr. guna air fyer mudah lagi.


Boleh juga kalau nak grill atas dapur, letakkan ayam dalam grill pan dan bakar.
Shu selalu nya kalau bakar bakar gini akan gunakan air fryer,
Tapi dah sebulan lebih air fryer jadi arwah huhu..
Sedang ngumpul bajet untuk beli yang baru sebab Shu punya versi air fryer oven- saiz besar boleh masak banyak-banyak sekaligus!

Mudah jaa buat Ayam Percik ni,
If nak buat awal-awal gravy dia pun boleh,
Nanti bila nak masak tinggal campur santan dan ayam sahaja.

Nak double or triple bahan gravy pun boleh,
Kira buat Pes Percik,
Nanti dah siap pes nya nak masak anytime mudah!

Resepinya Shu sharekan dibawah,
Nanti kalau korang dah cuba share lah feedback dengan Shu ya,
Atau tag Shu di Facebook atau Instagram.

Selamat mencuba!

Love,
Shuhada Shafie
Digital Cookbook Author ~ Themomix & Kalasik method

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi! I’m Shuhada Shafie!

A passionate home cook and food lover who loves nothing more than sharing my favourite recipes with the world.


You’ll also love