Your cart is currently empty!
PES NASI GORENG~ cepat dimasak, sedap dimakan!
Paaaaling mudah dimasak, memanglah menu Nasi Goreng kan?
Tapi tambah lagi mudah bila ada pes Nasi Goreng!
Tinggal pecah telur, masuk isi ayam kalau mahu,
Masukkan pes, tambah sos tiram kalau mahu,
Masukkan nasi & sayuran kegemaran, garam jangan lupa 🤗
Settle!
Pes ni boleh juga dimasak dalam kuali,
Cuma Shu buat teknik tumis dulu bahan baru dikisar, kemudian masak sehingga pecah minyak.
Teknik ni buat aromanya lebih kick!
Resepi Pes Nasi Goreng beserta cadangan penggunaannya Shu sharekan dibawah.
Pes ni ikutkan tak pedas mana pun,
Anak-anak Shu yang sekecil 5 tahun pun layan nasi goreng yang Shu masak dengan pes ni.
Cadangan penggunaan Pes Nasi Goreng:
(Portion untuk 2-3org makan)
Ini Shu masak express kelentang kelentung dalam kuali,
Suka ada effect ‘char’ pada nasi goreng 😊
Bahan:
2biji telur
130g or 4 tbsp pes nasi goreng
24g or 2 tbsp sos tiram
50g isi ayam or any protein
430g nasi
sayur kegemaran
1 tsp salt
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur ala scramble eggs.
2. Then masukkan pes nasi goreng & sos tiram, tumis seketika and masukkan ayam.
3. Bila ayam dah hampir masak, boleh masukkan nasi, sayur kegemaran korang & garam. Gaul sebati.
Hidang panas-panas! Memang layann.
Nak masak guna Thermomix pun boleh,
Boleh pilih sama ada nak masak guna mode RICE COOKER atau dengan guna butterfly whisk~ untuk nasi putih yang sudah dimasak.
Boleh refer cara masak Nasi Goreng guna mode RICE COOKER disini.
Untuk masak dengan Butterfly whisk refer disini.
InsyAllah ada rezeki, next time Shu nak buat Pes Nasi Goreng Thai pula 🥰
Love,
Shuhada Shafie
Penulis Buku Digital ~ Themomix & Klasik method
Jemput dapatkan karya Shu disini >> Shop – Shue’s Cooking (shuescooking.com)