Your cart is currently empty!
Rasanya masih belum terlewat untuk Shu ucapkan pada semua Selamat Tahun Baru 😊
Moga apa pun yang kita impikan dan inginkan akan dikecapi pada tahun ini,
Teruslah berusaha dan teruslah berdoa agar Allah memudahkan,
Juga memakbulkan apa yang kita hajati.
Alhamdulillah,
Tahun 2023 tanpa punya perancangan yang benar-benar tersusun,
Shu dapat hasilkan 6 Karya Buku Digital Masakan atau EBook.
Mungkin dalam 5%-8% yang mendapatkan Ebooks Shu,
Pada awalnya tidak perasan yang Shu hasilkan adalah buku dalam bentuk PDF file,
Bukan versi Printed.
Shu mohon maaf sekiranya terdapat kecelaruan dan kekeliruan disitu,
apa pun moga ianya bermanfaat buat semua dalam penyediaan hidangan buat diri dan keluarga.
Ini adalah kesemua Karya yang Shu hasilkan sepanjang tahun 2023 yang lepas,
4 darinya adalah karya khas for Thermomix users dan 2 darinya dengan tajuk dalam Bahasa Malaysia adalah versi penyediaan secara Klasik~ tanpa menggunakan Thermomix.
Untuk tahun 2024 ini,
InsyaAllah kesemua Thermomix Digital Cookbook akan diterbitkan dalam 2 version iaitu:
1. English
2. Bahasa Melayu (coming soon! untuk 4 versi sebelum ini juga)
Dengan mengekalkan TITLE yang sama iaitu dalam ENGLISH,
Tetapi isi atau content nya boleh dipilih either in English atau Bahasa Malaysia.
Shu juga akan letakkan tag Khas untuk membezakan keduanya,
Jadi semasa pembelian didalam website nanti,
Anda boleh memilih mana-mana bahasa yang diinginkan.
Bagi Buku Digital untuk Cara Penyediaan Klasik ~ sama ada menggunakan tangan, mixer, whisk dan sebagaianya,
Kesemua siri adalah ditulis dalam satu bahasa sahaja,
Iaitu dalam Bahasa Malaysia.
Dan buat masa ini,
Baru 2 sahaja buku yang Shu sediakan iaitu
Coklat Punya Rasa dan Gebu-Gebu Muffin.
Untuk Versi Klasik ini,
senarai menu juga isi kandungannya adalah sama dengan versi Thermomix,
Hanya bahagian cara-cara penyediaan sahaja yang berbeza.
.
.
.
Dan insyaAllah tahun 2024 ini juga,
Shu telah merangka beberapa perancangan,
Selain daripada menghasilkan lagi beberapa siri Buku Digital,
Shu akan mula offer Modul PJJ ~ Belajar memasak secara Online atau lebih dikenali sebaga Pembelajaran Jarak Jauh.
Dalam Modul PJJ ini,
setiap resepi yang ditawarkan adalah details cara pengajarannya,
Bukan sekadar resepi sahaja,
Tetapi akan ada Video details untuk setiap steps dan juga Exclusive Telegram Group untuk setiap modul.
And Yesss BOTH method yang akan Shu tawarkan 😃
iaitu Thermomix dan Klasik!
Doakan semoga semuanya berjalan lancar,
Dan iainya dapat membantu dan bermanfaat untuk semua.
Terima kasih juga Shu ucapkan pada semua yang menyokong Shu selama ini,
Hanya Allah yang mampu membalasnya dengan kebaikan yang berterusan buat anda semua!
Love,
Shuhada Shafie
Digital Cookbook Author
Thermomix user since 2020
Leave a Reply