Mushroom Quiche

QUICHE..
Quiche ni apa ?

Haha,
Mesti tengah dok baca berulang kali sambil fikir cara sebutan Quiche ni kan? 😂🤭

Cara sebutan Quiche ni – KEESH
Simple je kan hehe..

Selalu nampak food gini jual dekat cafe,
Selalu nya dekat cafe yang jual desserts.

Harga dia sepotong atau 1 tray..
Perghh haha 😄
Korang google lah seniri ok.

Quiche ni satu family juga dengan tart,
Lebih kepada savoury tart.

Tak sangka sebenarnya Quiche ni mudah dibuat,
Of course jadi mudah sebab buat dengan Thermomix 💚

Haha,
Nak buat secara manual?
Bolehhh..

Taaapi,
Orang yang dah pernah buat,
Mesti akan suggesttt..

Kalau ada tools yang boleh shortcut kan keja yang renyahhh,
Lebih baik guna 😘

Sebab apa?

Sebab..
Buat quiche ni perlukan..

✅ Penimbang
✅ Food processor atau tangan yang sado 💪🏻untuk menyatukan tepung bersama butter & air dengan sebati
✅ Kuali untuk menumis
✅ Whisker untuk sebatikan filling

Bayangkan semua keperluan diatas..
Dapat dilakukan oleh sebuah machine sahaja 🤩

Seronok tak perasaan kalau peralatan yang perlu dibasuh tak banyak?

Seronok tak perasaan kalau hanya dengan sebuah machine jaa boleh bantu kita sediakan menu yang ‘rare’ dan tak pernah kita masak?

Seronokkan?!

Shu pun seronok 😃😃
Dapat buat Quiche ni dengan mudah sekarang!

Plusss haha,
Shu guna method ‘shortcut’ lagi untuk terapkan crust pada pan 🤗

❗ Shu gunakan cold water atau air sejuk untuk mix dough crust ni. Jadi masa proses terapkan crust pada pan, dough tidak melekit dan dapat handle dengan baik.

Cara untuk terapkan atau bentukkan crust pada pan ni, Shu ada tunjuk masa sesi LIVE di FB. Boleh tonton replay nya disini.

Lepas dah siapkan crust, boleh simpan dalam fridge seketika sambil siapkan filling nya.

Filling nya boleh ubahsuai ikut selera tekak masing masing tau 😊

Nak guna any kind of mushroom pun boleh, nak replace dengan ayam or seafood pun boleh juga.

Sprinkle dengan Italian herbs or mix herbs, nak taburkan grated cheese pun boleh juga 🤗

Dah boleh dibakar dah ni. Shu lapikkan pan dengan loyang 4 segi ni untuk mudah diangkat. Boleh guna any tray yang sesuai masuk dalam oven.

🔷️ Recipe Quiche banyak juga dalam Cookidoo, boleh pilih mana mana yang korang prefer 😊

🔷️ Hatt Mushroom Quiche ni, resepinya ada Shu tuliskan dalam ebook SIMPLE BREAKFAST ✅ yang dah ada ebook Shu ni, boleh refer disitu.

Yang berminat nak dapatkan ebook SIMPLE BREAKFAST, boleh dapatkan disini.

🔷️ Untuk buat Quiche korang boleh guna tart pan atau quiche pan. Ada yang jenis ceramic tapi tak boleh remove base dia. Ada yang jenis non stick, haa yang ni biasanya jenis removable base nya.Boleh beli Quiche pan ni di kedai baking supply atau secara online pun mudah lagi 😃

Ceramic quiche pan boleh tengok disini https://shope.ee/7pQzWlPXXP

Non stick quiche pan- round shape pelbagai saiz boleh tengok disini https://shope.ee/6KbI70Qr7x

Non stick pan – rectangle shape pun ada juga, boleh tengok disini https://shope.ee/1q9mNyp7bl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi! I’m Shuhada Shafie!

A passionate home cook and food lover who loves nothing more than sharing my favourite recipes with the world.


You’ll also love