Resepi Butter Chicken

Menu Butter Chicken atau di Malaysia ni,
Namanya lebih dikenali sebagai ‘Buttermilk Chicken’ atau ‘Ayam Buttermilk’.

Personally Shu lebih suka menggunakan nama ‘Butter Chicken’,
Sebab BUTTERMILK itu sendiri sebenarnya merupakan bahan yang kebiasaanya digunakan dalam baking and cooking juga.

Contoh Buttermilk yang kebiasaannya boleh kita jumpa di kedai baking supply.

Dan kalau kita telekkan, Sebenarnya tiada bahan yang bernama Buttermilk yang digunakan dalam resepi ‘Ayam Buttermilk’ 😅
Oleh sebab itu Shu kurang gemar menggunakan nama “buttermilk” dalam resepi ini.

Untuk resepi Butter Chicken ini pula,
Yang awalnya ditumiskan butter bersama serbuk kari, dan kemudian ditambahkan susu cair atau evaporated milk,
Ianya dalah variasi Butter Chicken yang simple & easy.

Sebab apa Shu kata begitu?

Sebab resepi Butter Chicken yang asli atau original ni bahan nya lebih meriah,
Dan rasanya lebih padu! 😃

Butter Chicken yang original ni pula nama lainnya juga adalah MURGH MAKHANI,
Masakan yang berasal dari India dan sangat popular di negara barat.

Begitulah serba ringkas Shu cerita tentang Butter Chicken ni,
Shu kali pertama cuba masak menu ni di Yaman lebih 10 tahun yang lepas.
Masa kali pertama masak & rasa lauk ni,
Shu and suami sama-sama sependapat yang lauk ni ala aala masak lemak versi ‘orang putih’ 😂
Haha!
Sebab rasa nya yang lemak tapi lebih ‘berat’ dari kuah lemak kita.

Dibawah ni Shu sharekan resepi Butter Chicken versi Thermomix,
Amount yang sama juga biasa Shu gunakan masa masak manual dulu.

Untuk versi pedas, korang boleh tambahkan 2-3pcs cili padi,
Dan untuk versi lebih pekat pula boleh ditambahkan juga 1tbsp Corn starch.

Selamat mencuba!

Ada pelbagai lagi resepi masakan harian yang mudah mudah Shu sharekan dalam ebook Kitchen Drama seperti :
Ayam Masak Merah
Ayam Masak Kurma
Daging Dendeng
Asam Pedas Ayam
Kari Ayam Nyonya
dan baaaanyak lagi.

Jemput tengok isi kandungan Ebook Kitchen Drama disini 😃

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi! I’m Shuhada Shafie!

A passionate home cook and food lover who loves nothing more than sharing my favourite recipes with the world.


You’ll also love