Tips Rebus Macaroni with Thermomix

Ada yang tanya tak hancur ke rebus Macaroni dalam Thermomix ni?

Yaa,
Shu pun masa awal dulu risau amat nak rebus macaroni dalam Thermomix. Sebab pernah ada incident hancur & benyek pada bahagian mixing knife😅

Macaroni ni nak rebus elok cantik,
Mesti nak kena jaga timing rebusan nya.

Ikut sahaja suggested time yang ada pada packaging macaroni,
Lain brand lain ketebalannya,
Dan lain rupa bentuk juga akan mempengaruhi masa yang diperlukan untuk merebus.

Shu suka guna kaedah boil kan air terlebih dahulu dengan menggunakan Kettle mode,
Then baaaru masukkan pasta dan set masa ikut yang dicadangkan.

Ada banyak Kitchen Prep seperti cara rebus pasta ni Shu share dalam ebook Kitchen Drama.
Boleh dapatkan di ruangan Shop 😊
Ada lebih 15 Kitchen Prep yang Shu muatkan dalam ebook tersebut, yang insyaAllah sangat membantu dalam journey korang menggunakan Thermomix.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hi! I’m Shuhada Shafie!

A passionate home cook and food lover who loves nothing more than sharing my favourite recipes with the world.


You’ll also love